Does n-Hexane Extract of Piper Sarmentosum Effective Against Candida albicans?

Authors

  • P.M. Ridzuana , N. Noraidelahb , Shariff Halima , Salwani Ismailb , Nor Iza A. Rahman

Abstract

Piper sarmentosum (pokok kaduk) adalah salah satu tumbuhan ubatan yang mempunyai pelbagai
kegunaan. Tumbuhan tersebut dilaporkan mempunyai potensi antikulat terhadap Candida albicans. C.
albicans adalah penyebab paling utama kandidiasis. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti
kesan n-Heksana ekstrak P. sarmentosum terhadap C. albicans. P. sarmentosum diekstrak dengan
menggunakan pelarut n-Heksana (bukan polar) dan melalui proses pencairan bersiri untuk menghasilkan
kepekatan 500 mg/ml, 250 mg/ml, 125 mg/ml, 62.5 mg/ml, 31.25 mg/ml, 15.63 mg/ml, 7.82 mg/ml, 3.91
mg/ml, 1.96 mg/ml dan 0.98 mg/ml. Ujian kepekaan terhadap C. albicans diukur melalui zon perencatan
apabila dirawat dengan ekstrak P. sarmentosum. Dimetil sulfoksida (DMSO) digunakan sebagai kontrol
negatif dan fluconazole digunakan sebagai kontrol positif. Kepekatan perencatan minimum (MIC) dan
kepekatan fungisidal minimum (MFC) bagi ekstrak daun P. sarmentosum terhadap C. albicans ditentukan
melalui kaedah pencairan mikro. Kajian mikroskopik keatas C. albicans selepas dirawat dengan ekstrak P.
sarmentosum dijalankan menggunakan pengimbasan mikroskop electron (SEM). Keputusan menunjukkan
kepekatan 500 mg/ml ekstrak P. sarmentosum menghasilkan diameter zon perencatan paling besar iaitu 9 ±
1.000 mm. Bermula dari kepekatan 7.82 mg/ml, tiada diameter zon perencatan dapat dicatatkan. Kedua-dua
keputusan MIC dan MFC bagi ekstrak P. sarmentosum adalah sama iaitu 31.25 mg/ml. Kajian mikroskopik
menunjukkan perubahan pada dinding sel C. albicans. Kesimpulannya, ekstrak n-Heksana P. sarmentosum
menunjukkan kesan antikulat terhadap C. albicans.

Published

2020-04-30

Issue

Section

Articles